Pages

Wednesday, December 28, 2011

Eh..eh..

Eh..da lame x melawat belog nie...bkn hape...xley nk sign in laa..nape ek??
hurmmm...mcm2 la...
aQue ingatkan da ada org tulom tukarkan password..tp pelik juga..sape je yg taw p/word aQue melainkan aQue sowg je..huhuu..
Ya lucunye..td aQue ciap da wat belog baru lorh...(jadik..dengan ini secara rasminya..aQue ...miliki 2 belog secara x sengaja... huhuu..''tak sengaja ke?? erkk..ntah la..hahaa..'')
pelik kn..td aQue cakap xley nak sign in..tp ni ok2 aje aku sign in... meh aQue cter..lpas je aQue ciap wt belog yg bru..''kunun2nye laa''.. aQue tgk kat sbelah knan aQue punye wall ade tertera nama belog aQue yg ni.. aQue pn try la bukak..tengok kt atas wall blog aQue yg ada tulis sign out..jd...kra otomatik da sign in la kn..haaa..tulaa cternye...sengal kn...

notakaki ~~> ntahapehapentah..

Friday, November 25, 2011

Hikmah berbakti kepada ibu bapa


                        Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah s.w.t. ia berhasil menundukkan Ratu Balqis. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

                        Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah s.w.t., Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah s.w.t. boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

                        Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kibah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya" Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

                        Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah s.w.t. tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah s.w.t. memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah s.w.t. menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

                        "Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah s.w.t., maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Kelebihan bersalawat


                        Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

                        Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..

p/s: Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.

10 solat yang ditolak


                        Rasulullah s.a.w.  telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w.  telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

                        Sabda Rasulullah s.a.w.  yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.."  Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

CERITA TELADAN

Allah s.w.t. menolak satu doa Rasullullah s.a.w.
                        'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu Rasulullah s.a.w. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah s.a.w. sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah s.w.t. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah s.a.w. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah s.w.t.
2. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s.). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t.
3. Aku telah bermohon kepada Allah s.w.t. supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Thursday, October 20, 2011

3 KARIPAP SINGGIT,,!!

Sorg murid darjah 2 ditanya oleh guru matematiknya..

CIKGU : jika harga sebijik karipap berharga 40sen,berapakah harga bagi 3biji karipap?
MURID : singgit (RM1) cikgu . (jwbnye ngan pnuh confident)
CIKGU : salah. cuba faham soalan yg cikgu tanya tu betul2. Mari cikgu terangkan semula ya. jika sebijik karipap berharga 40sen ,berapakah harga bagi 3 biji karipap..?
MURID : singgit,cikgu..

cikgu yg da mula hilang sabar berkata.."salah tu!" sambil membuatkan carta matematik di papan hitam. Jawab murid berkenaan,"tp cikgu,tiap2 pg bila sy pegi membeli kuih karipap kat warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu slalu kata "kuih karipap sebiji 40sen,3biji singgit!"

Cantik luar dan dalam mesti seiring... ^_^

Sekadar cantik fizikal belum memadai....
tetapi kita juga mesti memiliki kecantikan dalaman..biar selari dan seiring dengan kecantikan fizikal....

Tidak cukup satakat muka yang jelita/kacak,tubuh sasa/menarik tetapi jika berperangai menjelikkan,menyakitkan hati orang lain dan hati penuh dengan hasad dengki..

Sebaik2nya,,cantikkanlah peribadi kita dahulu dengan sifat murni kerana apabila peribadi cantik,maka dengan sendiri akan menyerlahkan kecantikan e2 pada fizikal.

Dengan ini,,kecantikan akan lebih sempurna dan bermakna... 




p/s: yeah..petang ni da bley bertolak balik kg.. Oh kg,,tgu ketibaan aku okew.. !! Smoga perjalanan aku nanti selamat..selamat pulang juga selamat kembali..peace \/